Roti Canai Kayu Arang

Kalau berada di Melaka dan mencari breakfast yang awesome, boleh try makan di kedai Roti Canai Kayu Arang. Kedai ini terletak bersebelahan dengan stesen minyak BH Petrol, sebelum simpang ke Bachang di Lebuh AMJ yang menghala ke Bandaraya Melaka iaitu simpang sebelum jambatan ke Melaka Sentral dan Tesco. Kedai ini dalam kawasan rumah orang. Jadi, jangan nak rasa pelik pula ye! 😛

Nak tau anda berada di tempat yang betul atau tak, kalau ada banyak kereta, betul dah tu sebab memang ramai orang akan breakfast kat sini. Oleh kerana kedai ni sentiasa ramai orang, anda dicadangkan untuk datang awal. Kalau tak, jenuh nak berebut tempat duduk.

Apa yang best kat sini?
Yang paling power skali, tentulah roti canai dia. Roti canai di bakar menggunakan arang! Rare kan? Bukan senang nak dapat roti masak guna arang, selalunya guna api dapur gas je.. Betul tak?

Semua orang tahu yang harga kayu arang kini agak mahal! Tapi, pemiliknya tetap mahu mengekalkan cara masakan menggunakan kayu arang dan keunikan rasa roti canainya yang merupakan signature dish mereka yang sering menjadi pilihan para pelanggan yang datang dari seluruh Malaysia.

Itulah yang menjadikan roti canai ni power dan padu rasa dia. Pendek kata lebih aroma, lebih lembut dan lebih enak gitu..

Selain itu, kedai ini juga ada menyediakan roti canai nanchos, roti tampal, nasi lemak kukus dengan lauk-pauk, kuih-muih, satay, mee kari, mee soto, bihun soto, lontong, putu mayam dan macam-macam lagi.

Tak lupa juga, pemilik dan para pekerja Roti Canai Kayu Arang sungguh peramah dan baik-baik belaka. Memang terbaiklah layanan mereka! 🙂

Lokasi kat mana?
Alamat: Lot 459, Kampung Batu Mukim, Bachang
Waktu Operasi:
Hari biasa: 7pagi – 12:30 tengahari
Bulan puasa: 7 petang – 12 malam
FB : Roti Canai Kayu Arang

 

Pic credit to rebeccasaw.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *