Klebang Original Coconut Shake

Klebang Original Coconut Shake terletak di Jalan Klebang Besar. Ia menjadi antara tarikan utama di kawasan Klebang. Kedai ini mempunyai kawasan parking terbuka yang luas bagi menampung jumlah bilangan pengunjung yang ramai. Diingatkan, jika ramai pengunjung, masa menunggu giliran hampir setengah jam. Jadi, kuatkan mental anda dan tahan air liur ya! 😛

Suasana di sini berkonsepkan “open air” yang sangat-sangat rilex. Anda duduk di meja dan kerusi plastik yang disediakan sambil layan coconut shake dan segala makanan lain yang terdapat disana. Mamang layan lagi-lagi dikala cuaca panas iklim Malaysia ini. 🙂

Apa yang best kat sini?
Sudah semestinya coconut shake! Ia terdiri daripada campuran kelapa, ais dan ais krim yang di kisar sehingga sebati. Warna kuning yang lembut dan menyelerakan. Dihidangkan pula dengan tambahan ais krim vanilla diatas air coconut shake tersebut. Sekali sedut confirm nak habiskan sampai brain freeze kepala 😛 Lagi-lagi minum dikala panas. Memang padu!

Lokasi kat mana?
Lokasi: Jalan Klebang, Taman Klebang Jaya (berhampiran Caltex)
Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis: 12:30 tengahari ke 6:30 petang
Jumaat: 2:00 petang ke 6:30 petang

GPS: 2.215510, 102.206130

Dari pusat bandar mengambil masa lebih kurang 10-15 minit pemanduan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *