Eat & Repeat Cafe, semua menu hanya RM1.90

Teringin nak makan ala-ala boat noodle? Ada kafe yang menepati citarasa anda itu kerana ia terkenal dengan nama jolokan ‘Boat Noodle Malaysia’. Kalau anda jenis yang nak makan sikit-sikit tapi nak makan macam-macam jenis makanan, kafe ini memang sesuai. Ia menghidangkan pelbagai pilihan nasi dan mee dengan citarasa Malaysia!

Kafe ini terletak di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam. Lokasi yang strategik dan tumpuan orang ramai kerana berdekatan dengan universiti, kawasan perumahan dan tempat shopping.

Apa yang best kat sini?
Semua menu RM1.90 sahaja! Murah dan sangat-sangat berbaloi.. Skali makan, confirm 2-3 mangkuk. 😀

Anda boleh layan makan pelbagai jenis nasi, pelbagai jenis mee, kepak ayam dan juga soto. Selain itu, terdapat 3 pencuci mulut yang wajib anda cuba. Confirm puas hati!

Lokasi kat mana?
Eat & Repeat Café
Alamat: YG 24, Jalan Plumbum Y7/Y, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: +6017-2110085

Waktu Operasi:
Isnin – Sabtu: 11AM – 10PM
Ahad: 11AM – 6PM

Cawangan : Melaka & Kuala Selangor
Sumber: Facebook dan Instagram Eat & Repeat Cafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *